Friday, 5 January 2018

Tips Serta Rahsia Capai Impian & Target Dengan Vision Board

Dulu lagi dah dengar perkataan Vision Board ni, tapi tak nampak lagi apa kepentingannya. Ingat dulu kawan saya selalu cakap :

Tips Serta Rahsia Capai Impian & Target Dengan Vision Board

"Ko kalo ada nak sesuatu benda, ko tampal la gambar benda yang ko nak tu dekat cermin. Kena tampal la gambar tu dekat cermin, nanti bila ngadap je cermin ko nampak, pastu doa la moga Allah makbulkan apa benda yang ko nak tu tertunai 1 hari nanti.."



Tapi masa tu saya ye kan saja, tak nampak penting pun, cuma Ooooo ber aaaaa je la. Faham la Vision Board tapi dok rasa, perlu ke aku buat semua ni. Menarik memang menarik bunyi nya, tapi kemalasan melanda, fikir aaihhh sesaja nak menyemak dengan gambar-gambar impian dekat cermin memang tak la.



Bila mula aktif buat Bisnes Shaklee, barulah nampak jelas kenapa pentingnya ada Vision Board ni. Tapi masih gak la dok ding dong - ding dong buat Vision Board ni. Pada hal selalu je Leader saya tekankan pasal Vision Board, buatla Vision Board nanti dari situ kita akan nampak jelas apa yang perlu kita buat.



Jom JADIKANNYA REALITI. Bila ada Vision Board kita akan nampak jelas apa sebenarnya yang kita nak capai. Kalau asyik dok imagine je tapi tak Visualize kan dalam bentuk tulis, maka hasilnya pun takat angan-angan kosong je.



Pengalaman masa saya mula-mula aktif Bisnes Shaklee, bila ada Vision Board dengan tak ada Vision Board memang hasilnya sangat la berbeza. Hasil tak buat Vision Board, memang usaha kurang dan kurang motivasi untuk buat lebih baik untuk capai target.

Tips Serta Rahsia Capai Impian & Target Dengan Vision Board

Tapi bila saya Visualize kan impian serta Gol/Target, saya tak sempat nak rasa lemau, malas atau bertangguh. Sebab Vision Board ni akan buat saya sentiasa ingatkan diri untuk plan bagaimana untuk capai segala impian saya yang dah tertera dalam Vision Board.



Secara tak lansung akan push minda separa sedar. Otak kita akan mula fokus macamana cara nak capai impian atau target kita. Macam tu juga masa saya mula-mula target untuk naik Rank Supervisor. Saya tak buat main-main, saya fikir dan buat ianya sampai tercapai target saya.



So, sempena Tahun 2018 ni, moh le kita buat Vision Board. Saya dah ada Vision Board, korang bila lagi.

Tips Serta Rahsia Capai Impian & Target Dengan Vision Board

Tak tau macamana nak buat Vision Board? Meh saya kongsikan beberapa tips yang saya pelajari dari kelas Vision Board.

1. Tulis Impian kita dengan JELAS & SPESIFIK

    Tuliskan Impian kita dalam format J.B.A

    J (Jadi) - Apa Kita Nak Jadi?
    B (Buat) - Apa Kita Nak Buat?
    A (Ada) - Apa Kita Nak Ada?

2. Setiap Impian Mesti Kena Niat Dari Hati
3. Tentukan Tujuan Kita Buat Vision Board
4. Brainstorm - Apa Kita Kena Buat Untuk Capai Impian di 
    Vision Board
5. Visualkan Impian Kita Dalam Vision Board
6. Susun Gambar Yang Cantik-Cantik Dalam Vision Board
7. Tampal Vision Board Kita & Jadikan Wallpaper



So sekarang dah tau kan ??? Jangan bertangguh lagi, buat la Vision Board mulai harini juga.


.
#MyVisionBoard
#TokeyShaklee
#TsunamiShaklee
#Tsunami2018
#23FighterTsunami
#Aviation2Healthy

Cara Kuatkan Sistem Imun Anak | Tips Elak Anak Kerap Jatuh Sakit

Bila anak sakit je, kita mak-mak ni la yang paling risau, ye la siapa yang tak sayang anak. Kalo boleh nak sakit tu kita yang tanggung saki...