Monday, 1 January 2018

Bagaimana Untuk Bangkit Ubah Hidup Dengan Bisnes Shaklee

Kerjaya, kehidupan sebagai seorang penghidap Proriasis, isteri & ibu kepada en somi & anak... add on ber BISNES SHAKLEE 2017 pula.

Bisnes Shaklee Buat Saya Bangkit Ubah Hidup

Ooo memang jauh sungguh saya melangkah, memang saya tak jangka saya akan ber BISNES SHAKLEE. 




Sebelum ni rutin harian hanya pegi kerja cari rezeki, keluarga serta menjaga rapi masalah Psoriasis.. memang tiada masa untuk fikir pasal Bisnes.




Tahun 2017 adalah segala permulaan saya mula mencebur diri dalam Bisnes Online Shaklee.




Memang tak di nafikan yang sebenarnya saya sangat down dengan masalah sakit saya yang tiada penghujungnya.




Ada suatu ketika saya jadi murung, dek kerana tak tertahan sakit yang saya tanggung ketika tu. Duduk terperap dalam bilik, tak nak keluar jumpa orang, rasa rendah diri yang teramat.


Bisnes Shaklee Buat Saya Bangkit Ubah Hidup

Duduk dalam bilik hanya menghadap kulit yang kemerahan, mengutip setiap kepingan kulit yang berkuping dan berguguran.... ewahhh macam novel lak 😂




Dok menghadap telefon, mencari... mencari dan terus mencari apakah ada ubat yang boleh menyembuhkan masalah Psoriasis saya ni.




Macam orang putus harapan, bukan tak pernah mencuba, tapi saya rasa dah puas berabes tenaga dan mencuba macam² sebagai jalan ikhtiar untuk sembuh.




Kurang sedikit kesabaran & ketabahan, saya jatuh sekejap. Saya hanya di duga sedikit saja,  kerana Allah nak menemukan dengan Bisnes Shaklee.




Keluar daripada Comfort Zone, buat bende yang saya tak biasa, yang saya rasa selalu tak mampu... ni la kata² mami Erni pada saya. Jadi saya Take The Challenge untuk aktif ber BISNES SHAKLEE.




Sungguh tak di nafikan sejak aktif ber BISNES SHAKLEE segala ketakutan & kebimbangan saya selama ni, sedikit sebanyak dapat di atasi dan memotivasikan diri saya.




Saya bangun dan #BangkitUbahHidup untuk fight Psoriasis. Bukanlah bila fight tu bermaksud tak menerima ketentuan Allah, tapi apa pun ujian dan dugaan kita kena harungi. Saya perlu kuat kerana saya ada suami dan anak, syurga dunia akhirat saya.




Bukan mudah untuk saya yang bekerja, dalam masa yang sama selalu je di serang keradangan Psoriasis untuk aktif buat Bisnes Shaklee.




Tapi tiada yang mustahil, selagi mana kita #MahuUbahHidup, dan tipu la kalo saya kata tiada jatuh bangun dalam Bisnes Shaklee.




Alhamdulillah... dengan jatuh bangun tu juga la  banyak ilmu yang saya dapat, dapat berjumpa dengan kawan² Bisnes Shaklee yang sangat positif. Lupa kesakitan sekejap untuk terus Bangkit & Lawan.




Bila di uji dengan sakit, membohong la kalo kata saya tak terlantar, rehat la jika mahu berehat cuma seketika. Tapi selepas tu terus bangkit & lawan, kerana saya tak mahu beri ruang yang begitu lama pada diri untuk ada rasa tunduk & menyerah kalah pada sakit dan masalah.




Tahun 2017 yang sweet ni takkan di lupakan kerana dalam tahun ni juga la permulaan bagi saya dalam dunia Bisnes Shaklee. 



Bisnes Shaklee Buat Saya Bangkit Ubah Hidup
Dari makan untuk diri sendiri, setahun lepas tu terjebak pula jana income dengan Bisnes Shaklee. Zaman eko-no-money ni, jika tidak bijak dalam berbelanja, memang poket sentiasa bocor je, jahit hujung bulan, belum sempat tengah bulan nanti jahitan tertetas semula.




Macam mimpi pun hado, dalam tahun 2017 juga saya dapat capai 2 target saya untuk naik rank Supervisor & Senior Supervisor dalam tahun yang sama. 




Kalo ikutkan saya aim Feb 2018 dah naik rank Senior Supervisor, tapi alhamdulillah November 2017 berjaya capai rank Senior Supervisor. Sebab saya ada anak solehah yang sokmo bagi semangat untuk saya buat lebih dari apa yang saya telah ada sekarang. 




Dia juga la sentiasa follow up aktiviti Bisnes Shaklee dan cek uv saya setiap hari. Bangun pagi² je dah tanya, ibu dah dapat capai target uv 4ribu tu? sekarang dah berapa uv? 




Begitu juga bila balik sekolah soalan pertama yang akan anak saya tanya ialah, harini ibu dapat banyak order shaklee tak? dah dapat 4ribu uv tak?




Untuk apa lagi saya menangguhkan, anak saya lebih bersemangat dari ibu dia, rasanya malu jika saya tak ada semangat macamtu. Terfikir² juga, jika saya tak buat sesuatu, saya akan memadamkan semangat anak saya untuk lihat ibu dia lebih maju ke hadapan.




Selain dari Bisnes Shaklee, kesihatan saya sekeluarga juga semakin bertambaik baik. Klinik dan Hospital dah jarang sekali jengah. Syukur alhamdulillah, dah 2 tahun saya tidak lagi di tahan di wad sebab masalah Psoriasis.




Jika tidak sebelum ni saya mudah sangat demam. Psoriasis jadi unstable, bercelaru, memang selalu je sakit. Tapi Alhamdulillah.. semenjak amalkan Vitamin Shaklee atas izin Allah, Psoriasis saya dah banyak kurang meradang dari kebiasaan.




Untuk yang bekerja macam saya, cabaran part time Bisnes Shaklee agak mencabar. Kesibukan bukan la alasan untuk saya tidak #BangkitUbahHidup. Yang penting adalah disiplin, tak boleh bazir masa, setiap masa adalah sangat berharga bagi saya.




Saya perlu mengimbangi urusan kerjaya saya, keluarga, sakit dan part time dalam Bisnes Shaklee. Masa yang ada saya gunakan sebaiknya, atas motor (membonceng jek hehehe), rendam kaki, waktu lunch saya gunakan sebaik mungkin untuk urusan Bisnes Shaklee.

Bisnes Shaklee Buat Saya Bangkit Ubah Hidup

Tido tak yah cakap la, memang tak ada istilah membongkang atau cukup tido atau cukup rehat. Saya yakin, "Bersusah² Dahulu, Bersenang² Kemudian"... 




Bila jatuh, bangkit semula, bangun dan terus melangkah, jangan toleh kebelakang, jadikan yang lepas sebagai semangat untuk #BuatSampaiJadi.





Banyak lagi yang perlu saya usahakan pada Tahun 2018 ni, doakan ye kawan² moga segala impian dan azam saya tercapai.


Bisnes Shaklee Buat Saya Bangkit Ubah Hidup

Jika saya boleh, kenapa tidak anda !!! Jom Bangkit Ubah Hidup 💪💪💪




.
#TsunamiShaklee
#Tsunami2018
#BuatSampaiJadi
#ZeroToHero
#FightForPsoriasis
#Aviation2Healthy
#Road2Infinity

Cara Kuatkan Sistem Imun Anak | Tips Elak Anak Kerap Jatuh Sakit

Bila anak sakit je, kita mak-mak ni la yang paling risau, ye la siapa yang tak sayang anak. Kalo boleh nak sakit tu kita yang tanggung saki...