Friday, 28 July 2017

Pengalaman Saya Bersalin Secara Pembedahan

Macam-macam cerita orang yang mengandung ni, nak-nak lagi pengalaman pertama kali nak menimang cahaya mata. Semua tu jadi kenangan indah buat semua wanita.

Pengalaman Saya Bersalin Secara Pembedahan

Pengalaman pertama saya bersalin dulu, agak sukar juga nak sesuaikan diri, semuanya rasa kelam kabut, masa pun tak terurus. Maklum saja, pertama kali ada orang baru dalam kehidupan.


Kalau dulu uruskan diri sendiri, kacang je kan? Bila dah ada suami, tugas pun bertambah, nak uruskan suami pula, dah tua bangka senang sket la nak jaga, tak perlu nak tukar pampers ke hape.


Tapi.... bila dah ada baby ni, hmmm faham-faham saja lah, serba serbi kita sebagai ibu kena uruskan 😍. Orang pompuan ni bila dah kawin, kerja kena cekap kalo tak banyak urusan rumah tangga tergendahala.


Tu sebabnya perlukan persediaan dari segi mental dan fizikal. Mental tak kuat memang mengundang penyakit meroyan la jawab nya. Fizikal pula kena mantop, kalau tak semanjang tak sihat.

Alkisahnya, masa mula-mula mengandung dulu tak tau pun saya mengandung, hampir 10 bulan juga la menanti. Sampai tahap malas dah nak nak cek, pasal bila lambat je datang bulan pergi hospital cek. Tapi masalahnya bila pergi cek je, mesti esoknya period 😔


Bila dapat tau mengandung, happy tak terkata. Paling tak boleh lupa, bila doktor cakap, sekarang kena jaga pemakanan. Kena ambil acid folic, apa kita makan kena kongsi dengan janin. Tetiba saya nangis, sebak, terharu bercampur gembira, sebab ada nyawa yang hidup dalam rahim saya.


Sepanjang kehamilan saya tak ambil sebarang supplement pun, hanya bergantung pada ubat yang hospital bekalkan saja. Masa tu tak amek port pun pasal vitamin-vitamin ni, sebab serasa ubat hospital tu adalah yang terbaik.


Masa mengandung saya kerap sakit, start usia kemahilan 7bulan, kerja saya asek keluar masuk wad saja. Saya stress, baby dalam perut pun stress. Mana taknya, makin lama kepala baby saya dekat atas dah tak mau pusing ke posisi yang sepatutnya. Susah hati bila memikirkan.


Takdir Allah, saya bersalin secara pembedahan, kerana baby songsang di minggu² akhir kehamilan. Sejujurnya saya agak sedih kerana tidak dapat merasai proses bersalin secara normal seperti orang lain.


Tapi.... sesungguhnya perancangan Allah memang yang terbaik dan cantik, walau saya berkeras pada ketika itu untuk bersalin secara normal. 
Setelah di nasihat, kemungkinan² serta risiko yang akan boleh terjadi, akhirnya saya bersetuju untuk bersalin secara pembedahan.


Cuak weii bila fikir perut nak kena potong. Huuuu.. tak boleh cakap macamana perasaan masa tu, memang huru hara rasa. Even tengah menunggu giliran untuk di bedah pun, saya masih berharap. Siap cakap dengan doktor lagi, "...doktor saya rasa baby saya dah pusing 😅.."


Tersenyum doktor ketika tu, meh saya cek, hmmmm... tak pusing pun, kepala baby still dekat atas 😎. Terus sorong saya masuk bilik OT, arwah mak saya cakap, bilik OT tu zaman dia panggil bilik Haji 🤔


Ketika perut saya di belah, tiba² dengar doktor mengucap panjang dan berkali², doktor kata sekiranya dia ikut cakap saya yang mahu bersalin normal, kemungkinan anak saya boleh maut.


Patut la selama ni baby saya tak mau pusing ke posisi yang sepatutnya, rupa² nya ada rantai yang berbelit kemas di leher anak saya selama ni.


Uoollss boleh bayangkan tak, sekiranya saya berkeras juga nak bersalin normal, kemungkinan anak saya terjerut dengan tali pusat yg membelit di lehernya.


Posisi baby pada ketika tu kepala di atas dan kaki di bawah, jika bersalin normal kaki baby yang akan keluar dulu. Jadi amat berisiko tinggi untuk saya yang tidak pernah bersalin ni.


Maka bermula la episod berpantang, seksa rasa dengan perut yang di potong. Macam² fikir macamana nak bagi luka pembedahan cepat baik. Sebab semua pergerakan jadi terbatas nak duduk bangun sakit.


Kakak² saya semua bersalin normal jadi tak ada pengalaman yang boleh di kongsikan kepada saya macam mana pantang yang sesuai bagi yang bersalin secara pembedahan.


Zaman masa saya bersalin dulu, tak kenal lagi Shaklee ni. Berpantang tanpa makan sebarang supplement. Badan memang lemah sangat, stress sebab  susu kadang tak berapa banyak, anak saya pula memang kuat menyusu, memang badan terasa sangat letih dan tak bermaya.


Tapi bila dah kenal Shaklee ni, saya dah tak perlu risau lagi. Persediaan sebelum dan selepas mengandung semuanya ada di Shaklee. Insyaa Allah next baby saya nak guna Set Bersalin Shaklee. Feedback yang saya dapat dari kawan² yang dah guna Set Bersalin Shaklee ni, semuanya kata best sangattt 😍😍


Infact sekarang saya sendiri yang dah guna pun rasa kesannya, walau hanya ambil Set Psoriasis saja. Banyak khasiat dan manfaat yang ada di setiap vitamin shaklee ni.


Salah satunya berat badan. Ada yang pm tepi tanya nampak kurus sebab makan Set Kurus Shaklee ke?? Saya tak amek Shaklee untuk Kurus uoollss 😂, fokus saya ambil vitamin shaklee ni adalah untuk selesaikan masalah Psoriasis.


Tapi tak sangka pula terturun berat badan hampir 8kg dari berat asal 😍... ni la bahayanya makan Vitamin Shaklee 😱, sebab bukan saja masalah kesihatan dapat di tingkatkan, tapi tetibe dapat terkurus skali 😉 ... berbaloi kaannnn ??


Jadi ibu² hamil yang sedang menanti detik untuk bersalin tu, ambil la ikhtibar dari kisah saya ni. Tak rugi sebenarnya melabur untuk kesihatan ibu dan janin. Kita sudah semestinya nak baby yang akan keluar tubsihat.


Apakata cubalah berpantang dengan Set Bersalin Shaklee. Insya'Allah fasa berpantang nanti akan rasa sihat, ceria dan gembira! Nikmatilah fasa berpantang yang menyeronokkan.


Pesanan saya.. jika berpantang dengan Set Bersalin Shaklee ni, walaupun badan rasa sihat dan kuat, luka pun dah sembuh, tapi berpantanglah dengan rapi dan berdisplin.


Cukupkan tempoh berpantang tu sehingga 40 hari. Sebab pesan dan petua orang-orang lama ini ada manfaatnya. Badan kita ni nak pakai lama, jadi kenalah berpantang dengan sebaiknya.


Jom sambung baca Kelebihan & Kebaikan Set Bersalin Shaklee next entry.




Kalau nak try Set Bersalin Shaklee atau beli Produk Shaklee yang lain boleh la contact saya 👇👇👇



YATI SAMIN | 012-6245361 atau click je link ni ⤵
http://wasap.my/60126245361

Cara Kuatkan Sistem Imun Anak | Tips Elak Anak Kerap Jatuh Sakit

Bila anak sakit je, kita mak-mak ni la yang paling risau, ye la siapa yang tak sayang anak. Kalo boleh nak sakit tu kita yang tanggung saki...